Bila Masa Perempuan Dengar Ceramah Agama Yek..?

Ni Jejaka Terhangat mau tanya sket. Dalam seminggu, bila masa agaknya kita ni muhasabah diri, dengar ceramah agama?

Kalo nak harapkan siaran tv, rancangan Al-Kuliah, Semanis Kurma, Hidayah kita tengok ke? Rasanya kita ni jarang tengok benda2 camtu kan. Siapa yg tengok tu bagus la..


Kalau lelaki, sekurang2nya seminggu sekali dengar ceramah kat khutbah Jumaat. Tu pun kalau lelaki tu pergi solat jumaat la..

Tapi kalau perempuan pulak bila masanya? Mungkinkah sebab ni jugak kesedaran agama perempuan kurang berbanding lelaki (perempuan lebih banyak dalam neraka)..

Kat sinilah peranan lelaki sebenarnya. Suami bimbing isteri. So, seelok2nya lelaki ni jangan pulak korang tido time khutbah Jumaat. Kalau bukan masa ni, bila lagi korang nak dengar ceramah agama?



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

4 comments:

  • dlm radio kan ada...
    aktiviti kolej...
    kat surau....

    pandai2 lah cari medium nak dengar..intenet pun ade kan???

  • tapi kenapa kat kelas agama kat rumah saya ni banyak perempuan dari yg lelaki...
    rasanya yg datang perempuan 10 kali ganda dr lelaki

  • erk?fakta yg ustaz sy bgtau masa thun lepas kami f5 , sy ingt lg dia ckp macam nih ...
    "sekarang nie, perempuan lg ramai dr lelaki,kay skol nih pun sama,dekat univrsti prmpuan lg rami dr lelaki,n dlm m'gerakkan dakwah pun perempuan lebih ramai dr llki" *sekadr berkongsi*

  • Berdasarkan pengalaman sy, kalo ada kuliah2 agama atau kursus berkaitan dgn soal agama yg dianjurkan di pejabat (gomen), kaum wanita lbh ramai drp lelaki.......sampaikan ustaz yg bg ceramah tu blh ckp, dunia dh nk terbalik...lelaki yg muda2, toksah ckp la, mmg pyh nk tgk muka kt mjlis cmni..........so, kaum lelaki, fikir2kn sbb anda yg WAJIB berilmu lebih sbb nk didik isteri n anak2....wallahualam

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...