Drama Lagenda Budak Setan Version 2.0 by Jejaka Terhangat.

Korang ingat lagi tak Drama Lagenda Budak Setan versi Jejaka Terhangat kat post lepas? Tahniah aku ucapkan kat JT Brilliant Sdn. Bhd sbb drama tu dapat kutipan pecah panggung 41 Juta mengalahkan 2 Alam DDR Production. Perasan jap. Ahaks..

Sekali lagi JT Brilliant Production keluarkan Drama Lagenda Budak Setan Version 2.0. Dah ready popcorn? Jum kita layan.



Lagu OST please..


Awak ingat lagi tak mula-mula saya luahkan perasaan kat awak. Awak kata saya "old school" sebab guna surat cinta. Tapi awak terima jugak cinta saya.


Saya tak kaya macam orang lain. Saya cuma ada skuter je untuk angkut awak ke sana-sini. Tapi awak kata awak tak pernah kisah semua tu.


 Awak suka ajak saya dating kat taman permainan. Sebab awak boleh suruh saya buai awak tinggi-tinggi. Kita bahagia ketika bersama.

Tapi secara tiba-tiba saya kena pergi tinggalkan awak. Saya kena pergi jauh ke kampung pedalaman untuk siapkan research saya.


Awak tak dapat terima pemergian saya. Awak marah dan tampar saya 49 kali. Awak kata saya kejam sebab tergamak tinggalkan awak.



Demi sayang saya pada awak. Saya ambil keputusan untuk tolak tawaran pensyarah semata-mata untuk kekal di sisi awak. Masa tu awak terharu sangat.


Awak tak dapat tahan kegembiraan. Tiba2 je awak berjoget-joget, berpusing-pusing tak berhenti. Awak kata kalau terlalu hepi memang biasa awak akan buat camtu.




Saya tersentap. Dalam hati saya dok kata
"Aku tolak tawaran pensyarah sebab budak tak betul ni? Oh, Tidak.!!"


~TAMMAT~





PELAKON:
Budak Setan - beruk jantan.
Budak Mental - beruk betina.

PENGARAH:
Jejaka Terhangat.

TERBITAN:
JT Brilliant Sdn Bhd.


Pengajaran:

Kenalilah hati budi seseorang tu betul-betul sebelum bercinta dengannya. Ngehh..=p



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

49 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...