Kenapa Blog Islamik Kebanyakannya Membosankan Ek..?



Jejaka Terhangat kata blog islamik banyak membosankan. Korang setuju? Nak setuju atau tak nak korang tetap kena terima. Memang betol pon kan..

Blog atau entri yg islamik ni biasanya skema. Tak best sangat nak baca. Tak menarik perhatian pon. Pastu semuanya sama, bagi nasihat pastu kadang2 sertakan dalil atau hadis. Dah biasa sangat la. Ingat orang nak baca ke blog camni?

Ehh, ada yg panas hati baca apa yg aku tulis ni? Aku rasa dah betol la apa yg aku tulis tu kan?

Kalau tak, kenapa blog islamik tak ramai orang terjah? Asal entri yg bersifat keagamaan je tak ramai orang nak komen?

Aku perhatikan, kalau entri hiburan, gosip-gosip artis ke, laju je orang nak komen. Eh, asal mention nama Lisa Surihani je berebut2 kita nak jadi 1st komentar. Entri yg lawak-lawak pun dapat sambutan tinggi..

Kalau entri islamik camne? Ada korang rasa nak klik tajuk entri tu? Aku rasa pandang pon hujung kerling je kan. Komen apatah lagi. Boleh dikira dengan jari..

Apa la salahnya kalau sambil blogwalking tu, ternampak entri islamik kita baca la sket. Dalil dan hadith la sepatutnya kita baca lebih berbanding penulisan yg tah pape..

Aku ingat lagi sorang penceramah pernah kata, "Orang islam yg tak pernah baca al-Quran pon akan marah kalau orang kafir bakar al-Quran. Sebab tu orang kafir ni gunakan pendekatan hiburan, supaya orang Islam lalai. Pelan-pelan jauh drpd al-Quran."..

Jangan kita terlalu pentingkan hiburan sampai sense of Islam kita mati. Agama dihina pon kita buat tak tau je. Kalau al-Quran kita jarang pegang. At least kat internet ni kita baca la hadis2 dan dalil2, supaya kita tak jauh dari landasan Islam..

Hope pasni kita support blog2 dan entri2 islamik. Bukan utk siapa2 pun, utk motivasikan diri sendiri jugak. Boleh kan kawan2 semua?



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

38 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...