Melaka Galakkan Budak Sekolah Berkahwin Awal. Apa Kata Anda..?



Ketua Menteri Melaka betol-betol serius woah nak kahwinkan budak sekolah. Katanya ini jalan terbaik nak kurangkan gejala zina di kalangan remaja Melaka..

Pastu, siap bagi peruntukan RM500 lagi bagi sesiapa yg nak kahwin awal. Haha, nak kawen pon kerajaan bagi duit. Siapa tak nak rugi la kan?

Dah la pendidikan seks dah diajar di awal peringkat sekolah rendah lagi. Pastu bagi kawen awal lagi. Patutnya Malaysia kita ni tubuhkan je satu sekolah terus..


SEKOLAH KEBANGSAAN KAHWIN-KAHWIN SATU MALAYSIA..!!!


Dengan adanya sekolah camni, senang sket nak organize budak2 mana yg nak dikahwinkan dulu. Ye dak? =p


Suara sumbang berkata:
"Eh, ok la tu. Daripada diorang buang anak dalam tong sampah, dalam longkang".


Abis kalau kahwen awal, anak-anak tak terjaga. Last2 kena buang dalam tong sampah gak. Camne?


Ingat perkahwinan ni satu benda main-main, untuk sedapkan diri dengan pasangan setiap malam je ke? Perkahwinan satu benda yg serius, banyak aspek perlu diambil kira. Tanggungjawab suami isteri tersangatlah berat..

Yuran sekolah pon mak bapak yg bayarkan. Duit belanja sekolah RM10 seminggu. Nanti dah kawen, nak bagi anak makan coki-coki je ke hari-hari? Adeehhhhh...


Kahwin awal: Kerajaan Melaka tidak berganjak

ALOR GAJAH 9 Dis. - Melaka tetap dengan pendirian menggalakkan remaja berkahwin awal biarpun keputusan tersebut akan mengundang reaksi negatif pelbagai pihak.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut sewajarnya berdiam diri kerana langkah itu diyakini mampu membendung kegiatan maksiat di kalangan remaja.

"Pihak yang tidak bersetuju dengan langkah ini adalah mereka yang tidak faham konsep perkahwinan awal, ia semata-mata bagi mengelak perbuatan zina, kita tidak boleh larang anak-anak remaja ini yang berhasrat untuk berkahwin awal.

"Kita bimbang, jika kita larang keinginan mereka ini, mereka akan terjebak dalam perbuatan zina yang akhirnya membawa kepada kes pembuangan bayi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Kursus Pembinaan Karakter Jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Permata Resort Alor Gajah yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di sini hari ini.

Mohd. Ali mengulas mengenai reaksi pelbagai pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan negeri menggalakkan remaja berkahwin awal bagi mengelak perbuatan zina yang akhirnya menyumbang kepada kes buang bayi.

Bagi melaksanakan hasrat itu, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membuat keputusan memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.

Selain itu, kata Mohd. Ali, langkah pihaknya menggalakkan perkahwinan pada usia muda tiada kaitan dengan keinginan seks terhadap kanak-kanak.

''Kita galakkan remaja yang sudah cukup usia berkahwin awal, ini tiada kena mengena dengan gejala keinginan seks terhadap kanak-kanak," katanya.

Beliau meminta pihak yang membantah hasrat kerajaan negeri itu memahami pelaksanaan konsep perkahwinan awal yang semata-mata bagi mencegah perbuatan maksiat.

Mohd. Ali turut menawarkan RM500 kepada remaja yang berhasrat untuk berkahwin awal selaras dengan kempen kerajaan negeri menggalakkan perkahwinan pada usia muda demi membendung perbuatan zina. - Utusan


Pendidikan seks di sekolah tidak perlu - Dr. M

KUALA LUMPUR - Pendidikan seks tidak perlu dijadikan sebagai subjek khas di sekolah-sekolah kerana ia sudah terdapat dalam pengajaran agama Islam, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, subjek khas mengenai seks tidak perlu tetapi memadai dengan menjelaskannya dengan baik mengenainya supaya anak-anak faham dan tidak mudah terpengaruh dengan nafsu.

Menurut beliau, dalam subjek agama Islam boleh dimasukkan perkara-perkara yang mengajar anak-anak berdisiplin dan mengawal nafsu kerana ia sebahagian daripada ajaran Islam.

“Akibat tidak mengawal nafsu bayi dibuang dalam tong sampah dan kerana itu dalam pembelajaran agama Islam perlu ditekankan tentang pentingnya pengawalan nafsu,” katanya pada sidang akhbar di sini. - Utusan




*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

20 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...