[Cari Jodoh] Tips Memilih Pasangan Hidup.


Ada kawan perempuan aku pernah tanya. Macam mana nak kenal lelaki yang baik? Lelaki ni mula-mula kenal, pijak semut pun tak mati. Tapi bila dah couple, baru tunjuk perangai sebenar. Dia cepat marah, panas baran, dan macam-macam lagi la sifat tak guna ada dalam diri lelaki tu..

Aku pon tanya la, sebab apa dia cintakan lelaki tu pada mulanya. Dengan sesedap rasa, dia jawab "tak tahu". Sebab, menurut dia cinta tak perlukan sebab. Adehh, parah jawapan camni..

Kawan-kawan sekalian, dalam nak cari pasangan hidup yg sesuai. Cinta memang perlukan sebab. Segaris dengan hadis nabi berikut yg bermaksud:

“Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, iaitu hartanya, keturunannya, kecantikan dan kerana agamanya. Maka utamakanlah yang kuat berpegang pada agama nescaya kamu akan beruntung”.

Dalam islam sendiri pun dah bagi clue dalam mencari jodoh. Iaitu utamakan mencintai seseorang yg cintakan agamanya. Sebab, orang yg berpegang pada agama akan menjaga imannya. Orang yg beriman akan berusaha untuk mengawal rasa marahnya. Assobaru Minal Iman..

Tanya diri korang. Antara individu berikut yg mana lagi cepat reda perasaan marahnya:

1. Maki hamun orang lain bila rasa marah.
2. Beristighfar bila rasa marah.
3. Menghempas barang bila rasa marah.
4. Mengaji bila rasa marah.


Korang sendiri pun tahu jawapannya kan? Tapi kenapa masih ramai perempuan yg pilih lelaki yg tak jaga solatnya. Dan kenapa ramai lelaki yg memilih perempuan seksi utk dijadikan teman hidup? Adakah kebahagiaan sementara cukup bagi korang?

Sepatutnyaa, takde lagi istilah cinta tak perlukan sebab. Carilah pasangan hidup mengikut apa yg diajar Rasulullah. Cintailah seseorang kerana agamanya. Nescaya hubungan kita akan jadi lebih baik. =)



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

33 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...