AKU DAH KATA JANGAN TAKSUB SANGAT DENGAN DUNIA BLOG. ENGKO DEGIL..!!

Ni ha, Jejaka Terhangat mau sound sket kat korang, para bloggers..

JANGAN TERLALU TAKSUB DENGAN DUNIA BLOG..!!!

Weii, Jejaka Terhangat. Apa maksud hang dengan taksub dengan dunia blog? Aku tak paham betui la..

Orait. Meh aku terangkan ye adik-adik semua. Kalau korang perasan, cara seseorang blogger tu nak famous ada 2 cara..


Famous Cara 1:

Menulis segala-galanya tentang blog. Entri dia mostly pasal dunia blog. Bergather sana-sini. Bersegmen antara blogger sini-sana. Dengan kata lainnya. Genre blog dia adalah "blogging life"..

Cara yang macam ni biasanya tak lari daripada kontroversi blog. Sebabnya, dalam dunia blog ni ada macam-macam jenis orang. Ada yang berasa camni, "Ala, stakat mencapap sesama blogger, memang la cepat naik", "Setakat segmen camtu, aku pon bleh buat"..

Sifat dengki mula wujud dalam diri blogger lain. Pastu, bangkitlah blogger HERO yang nak menegur blogger lain secara direct. Bila tak dapat terima pendapat orang lain. Mula la kontroversi blog camni wujud..

Cara ni la yang aku kategorikan sebagai TAKSUB DENGAN DUNIA BLOG..


Famous Cara 2:

Blogger yang menulis BUKAN TENTANG BLOG. Kat entri dia mostly pasal kehidupan dia. Ataupun dia terkenal sebab kreativiti dia dalam mengarang entri..

Contohnya blogger Z. Dia takde la tulis tips blogging. Takde sibuk-sibuk masuk campur hal blogger lain. Tapi blog dia still meletop sebab kreativiti dia karang entri. Kontroversi blog? No no. Tak pernah lagi kita dengar benda yang tak baik pasal dia..

Kenapa dia bebas dari kontroversi blog?

Sebabnya, dia buat hal sendiri je. Dia top dengan usaha dia sendiri tanpa bergantung pada dunia blog. Pembaca blog dia pon bukannya semua bloggers. Yang bukan bloggers pon datang blog dia sebab entri dia memang best. Bloggers yang jelous dengan dia pon takde point yang kuat untuk jatuhkan dia..


Cara mana yang korang pilih?

Iye, memang cara 1 paling cepat naik. Tapi kesannya timbulkan ketidakpuashati orang lain. Bila ditegur, melenting. Pastu ada blogger lain datang bekap. Entri dibalas entri. Kontroversi blog terus bermaharajalela..

Sampai ada blogger yang rasa down dengan dunia blog. Ada yang taknak teruskan blogging sebab kekecohan yang berlaku. Semuanya terima kasih kepada bloggers yang tolong memanaskan isu kontroversi blog..


Nasihat Jejaka Terhangat:

Nasihat aku, blogging ni biar la low profile. Kalau rasa diri tu tak dapat nak terima teguran orang lain. Cepat rasa butthurt bila dapat kritikan. Jiwa rasa down bila dengar nasihat orang lain..

Seeloknya jauh kan lah diri korang, sejauh yang mungkin daripada kontroversi blog. Jangan terlalu taksub tulis pasal blog. Dunia blog ni luas. Blogging tak bermaksud korang kena tulis segala2nya tentang blog je. Cuba la "do out of the box" sket. Tapi jangan sampai mencapap dah la..


Tu je yang kau nak sampaikan kali ni. Adiossa miamor..=p



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

67 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...