Pengumuman Contest dan Pendedahan Trafik Iframe Oleh Jejaka Terhangat.

Pengumuman Pertama:

Penyertaan Bagi Contest Henpon Jejaka Terhangat Kini Ditutup.





Wow, pening kepala aku. Banyak sangat rupanya penyertaan contest ni. Mula2 ingatkan dalam 10-20 org je nak join. Minggu ni dah minggu ke3 contest tu dibuat. Dan penyertaan pon dah jadi lemau. Betul la kata Darkbatman, contest tak boleh buat lama2. Nanti basi..

Lagipon kat contest tu awal2 aku dah bagi notification yang aku akan tutup contest ni bila2 masa aku nak. Ngehh. Dan dengan ini, aku tutup segala penyertaan bagi contest "Jejaka Terhangat Nak Bagi Henpon Free..!!!"

Senarai senarai penuh penyertaan korang boleh semak kat sini:


Tolong check, dan bagitau kalau2 blog korang termiss atau tersalah link yek. Oleh sebab penyertaan banyak sangat. Aku akan amik masa dalam 3-7 hari utk analisis satu2 penyertaan sebelum aku umumkan keputusannya. Harap bersabar yek..

Abis pengumuman pertama. NEXT..!!!

------------------------------------------------------------


Pengumuman Kedua: 
(Aku nak bebel panjang. Teruskan baca)

Backlink Jejaka Terhangat pon nak tutup gak.

Sebelum ni aku ada buat backlink trafik kat entri "trafik Jejaka Terhangat"

Ada orang kata backlink iframe camni curi trafik. TETT..!! Aku betulkan kat sini. Curi bermaksud korang amik semua trafik dia, tanpa tinggalkan untuk tuan rumah. Tapi konsep kat sini, trafik tuan rumah dikongsikan dan diagihkan kepada blog2 lain secara sistematik, tanpa tuan rumah hilang trafik dia. Itu bukan la curi namanya. Tapi manipulasi trafik yg sedia ada..

Korang bleh pahamkan konsep trafik iframe tu kat entri cikgu DaHLia kat sini:


Hope korang pahamkan betol2 sebelum terus buat tuduhan melulu. Aku pon bukan amik masa sehari dua nak pahamkan konsep iframe. So, sila study dlu yek sebelum buat apa2 andaian yek..

Sebenarnya, aku maleh nak buat entri pasal ni. Sebab mrDaha dah pon terangkan semuanya pasal backlink iframe kat sini.


Owh, memang betul ada yg kata. Iframe boleh beratkan blog. Aku tak dinafikan. Sebab tu dalam backlink yg aku guna. Aku bagi syarat, blog yg load kurang 10 saat je yang boleh sertai. Ini supaya blog lain tak terjejas sama jadi slow masa penindihan page blog berlaku.

Nak pilih blog pulak aku ping blog diorang kat PingdomTools. Satu2 blog aku buat. Dan kalo tak puas ati, aku terjah sendiri blog diorang utk tengok sendiri samada blog diorang laju atau slow. Blog mana yg aku pastikan memang slow, terus aku cancelkan daripada senarai penyertaan. Seriously SANGAT LECEH..

Dan blog mana yg aku cancel (strikethrough), diorang boleh check sendiri sebab apa blog diorang slow. Blog mana yg tersenarai pulak aku akan bagi trafik secara sistematik. Tanpa beratkan blog diorang. Wahh, kat sini aku memang perlu "working like hell". Lagi sekali aku bgtau, Seriously SANGAT LECEH..

Ops, sebelum terlupa. Aku dapat information daripada komentar blog ni. Dia habaq yg nuffnang pon dah alert dengan trafik melalui iframe ni..

Iframe traffic is AGAINST NUFFNANG POLICY and mana2 blog yg generate traffic via iframe akan diblacklisted once Nuffnang discover.

Korang la punya pasal ni kecoh2. Kan nuffnang dah tau. Haha. (OK, joking..)

Kepada sesiapa yg memekak "woii, duit haram la amik trafik tanpa kebenaran orang lain". Nasihat aku kepada orang camni. Tolong tengok blog sendiri dlu ek. Kalau korang guna cara "lucah", letak gambar artis tayang body utk dapatkan hits. Toksah la nak banyak bunyi. Aurat orang lain korang tayangkan haram jugak hukumnye. Ngerti? Pasal HEARTBEAT support Valentine aku malas nak habaq 2 kali..

Dengan ini aku sarankan. Mana2 code ada iframe yg suspicious tu korang buang la sekarang. Sebelum kantoi dengan nuffnang..

Erkk, bloglarian bukan guna iframe ke? Terpaksa ditutup la nampaknye pasni. Ye dak?

Seperti yang aku kata. Pemahaman iframe ni membolehkan korang manipulasi trafik. So, aku pernah buat eksperimen SEKALI kat Gengblogger. Dan hasilnya..

KORANG BOLEH STICK KAT POST POPULAR HARI INI DENGAN SENANG..


Cam hampes. Patut la aku tengok asyik orang same je stick kat post paling popular. Sebelum ni berhempas pulas aku nak stickkan post aku kat situ. Aku mula tanya kat diri sendiri, "Adakah diorang yang kat Popular Hari Ini GB tu semuanya manipulasi trafik guna iframe"?

Caranya senang je. Korang publish entri korang lepas pukul 12 malam. Pastu cepat2 ping entri tu kat Gengblogger. Pastu gantikan code iframe kat blog korang dengan link gengblogger. Camni:




Pastu korang buat blogwalking sket. POOFFF, magically entri korang kat Popular Hari Ini GB. Blog mana yg selalu ada visitor lagi senang. Tak payah buat blogwalking dah boleh stick. Opps, aku tak cakap sape2 pon. Penyataan ni adalah general..

Orait, sekarang sume dah tau. Aku tau malam ni korang sume nak try kan? Nampaknya Gengblogger pon kena tutup gak la lepas ni. Haha.. (OK, Joking once again.)..

Kepada blogger "HERO" kat luar sana yang kata iframe tu curi trafik. Aku nasihatkan lagi skali. Study dulu konsep iframe betol2. Shoutmix, cbox, Who'is among us, Hitstat, semuanya dapat trafik drpd blog korang. Nuffnang sendiri pon dapat trafik drpd blog korang walaupon dia tak bagi BE (tp dia guna javascript). Ada ke diorang bagitau? Takda kan? Just kena pandai2 tau sendiri. Takkan semua pasal blogging ni nak disuap. Adehh..

Supaya orang lain tak salah sangka pasal iframe, ni aku tekankan. Iframe bukan utk dapatkan trafik semata2. Tapi ia jugak rangka utk satu2 blog or website. Kemahiran iframe membolehkan korang construct satu2 website or blog dengan lebih mantop..

Err, rasanya dah terlebar pulak aku bebel ni. Kepada sesiapa yg tegur aku, Terima kasih aku ucapkan. Ada yg kata aku otai sampai tak berani nak tegur. Adoi, aku bukan blogger otai ok. Tengok la blog aku pon baru beberapa bulan. Masih banyak yg perlu belajar pasal blog. Korang semua lagi otai kot. Ngehh..

Aku lagi suka orang tegur daripada orang yang "Kaki Kipas". Sekali lagi, thanks semua. =)



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

44 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...