Filem Melayu Tiada Yang Berilmiah. Betul Ke?


Jujur aku katakan. Aku bukanlah die hard fan cerita melayu. Sangat jarang aku tengok drama melayu kat TV. Filem melayu kat panggung pun sama. Mesti jadi last choice aku..

"Haiya JT. Lu olang melayu pun talak suka tonton celita melayu ka?"

Haha, nak tengok macam mana. Setiap kali aku tengok cerita melayu mesti nak gelak. Terlalu tipikal. Drama dia mesti tak lekang dari scene syarikat, datuk, projek juta-juta..

Kalau filem pulak. Cerita hantu (yang tak seram), lawak bodo, cinta. Errk..!! Boleh kata tiada satu pun cerita melayu yang ilmiah..

Ilmiah maksudnya, sedikit sebanyak ia naikkan pengetahuan kita tentang satu-satu perkara. Paling kurang pun "general knowledge" la..

Pasal tu aku lagi prefer tengok Jdrama (japanese drama). Selain hiburan, diorang jugak banyak selitkan dengan knowledge yang berguna.

Korang tau ke mana-mana cerita melayu yang ilmiah? Kalau tau, bagitau la kat aku yek. Segera aku terjah..!!!

Bukan aku nak saja nak merendahkan mutu filem negara yang dah sedia rendah tu. Tapi itu lah kenyataannya kan?

p/s: Hope Hikayat Merong Mahawangsa mampu mengubah balik persepsi aku terhadap industri filem negara. Coming to cinemas in 10 March 2010.



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

20 comments:

  • betullah apa kata JT tu, harap sangat hikayat merong mahawangsa best..betul2 ikut fakta sejarah

  • Nak ilmiah ke? Hindustan pun tak ada yg ilmiah. ZZ! WATA

  • merong mahawangsa antara filem yang memberi kelainan..jom pergi tengok huhu

  • saya setuju...saya juga menantikan kehadiran merong mahawangsa di pawagam

  • tak sabar nak tgk hikayat merong mahawangsa..

  • suka tengok citer cartoon. tiada ilimiah tapi boleh buat manusia ketawa...@_@*huyak!

  • Ko dah baca ke buku hikayat merong mahawangsa tu..? Akak dah pernah baca dulu, tapi dah lupa jalan cerita dia..

    Akak memang tak suka tengok filem sebab kena pergi panggung. Tak suka dan tak pernah masuk panggung.. So kampungan kan... =)

    Akak lebih suka melayan drama..Drama yang semata2 menonjolkan apa yg ko sebutkan tu mmg akak tak tengok la mcm drama Spa Q dan spesis mcm tu.. Akak lebih suka drama yang ada unsur2 kampungan sikit.. Sekurang2nya dapat menghayati pemandangan yang indah2.. dan secara tak langsung mengagumi ciptaan Allah...

    Masing2 ada persepsi tersendiri jika menonton. Ada yang minat kepada pelakon semata2.. Pada akak, moral of the story tu yang lebih utama.. Tak berminat nak fokus kepada pelakon saja..

    Panjang lebar pulak komen akak ni.. Maklum la, peminat setia drama melayu.. Orang kampung la katakan.. =D

    Asmara kini menyerang kembali

  • kadang kadang, producer filem 'terpaksa' buat filem yang penonton nak tengok. sbb tu mereka tak berani nak buat something different sebab mereka maybe takut dengan penerimaan kite semua. so nak buat macam mana?ramai penonton kita yang nakkan filem seram,action comedy, romantik..tu jiwa mereka.kite semua.even bukan semua.tapi producer filem terpaksa buat filem yang majority nak tengok.

  • Same here, hope Merong Mahawangsa memberi sesuatu kelainan.

    Jom terjah blog wa..ada entri panasssss

    PEREMPUAN YANG PERNAH BERZINA ADALAH JANDA..

    Berani? Terjah baca..

  • tapi cite barat ilmiah sangat ke semua? huhuhuh.

  • kebanyakkan semua nk untung je

    Terkini : FrenzyFM Kini Dengan Interface Baru

  • JT: Ilmiah? Cam ne tu JT.. Xkan dalam byk2 plot tak ada satu pun yg berunsurkan Ilmiah..? Xkan nak wat ala2 E.R.. (Memang dah ada tapi xramai pulak yg menontonnya..) hehe.. tu pandangan saya.. Jangan marah ya.. wink! Hope Merong Mahawangsa tu ikut sebijik ceritanya.. Jgn tipu penonton just nak kasik cerita tu menarik.. wink!

  • HAHA ,, betol la tu . stakat ni pun susa nak jumpe yg ilmiah . kalau stakat nk buat release tensen tu bole la kot . huhu .
    yeahh ! kekura pun tgh tunggu hikayat merong mahawangsa . nak pi tgk . :D

  • akak dah pernah baca buku Hikayat Merong Mahawangsa.. buku zaman dolu2... bahasa yg digunakan.. fuhh.. mmg mencabar minda utk faham... time tu plak masih sekolah rendah.. tapi tetap nak abihkan satu buku tu... sebab bagi akak citer tu menarik sgt.. nak2 pulak ada kaitan dgn Kedah... so, akak mmg menantikn sgt movie Merong Mahawangsa tu...

  • me too menantikan hari esok untuk movie Merong Mahawangsa...but maybe tgk hujung mggu ar...ngee~

    producer ikut kehendak penonton sebenarnya..but masalah dengan tu is industri filem kita susah nak maju if owez dengan genre yang sama...

  • pernah tengok drama dia atilia???
    erm.....sangat berilmiah..
    hehheh

  • nk tgk jugak sejauh mana kehebatan
    filem merong mahawangsa yg disebut2 sbg filem epik tahun 2011 oleh penggiat seni Malaysia ni.
    tp aku kalau pergi wayang jarang tgk cerita melayu sbb pernah terkena dlu. dr 60 kali aku pergi menonton wyang 4 kali je aku tgk citer Melayu. aku ada simpan semua tiket aku tgk filem kat wayang.

    bukan xnk support filem melayu. tp
    plot jalan cerita filem melayu semua sma je, based on cinta, lawak, seram. lagi 1 da boleh jngka ape seterusnya akan berlaku dlm filem melayu tu yg anti-klimaks , sbb da dapat jngka ending cerita. brbeza citer melayu dulu2, mungkin para pengarah skg kekeringan idea nk sjikan sesuatu yg bermutu utk pnggmar filem melayu. aku tgk skg byk pengarah semua main dgn tajuk filem je. buat tajuk filem yang pelik, gempak dan panas tp jlan cerita sorry to say so bad for cetern filem, xlayak diangkat sbg sebuah filem pun, tahap drama je. tu pun ada drama lebih bgus dr filem. sblum aku nk terjah tgk filem melyu, aku akan tgk feedbak n baca respon kat blog2. klau citer bgus bru aku prtmbangkan pergi tgk. huhuhu.

    Keistimewaan dan Kemuliaan Rasullullah S.A.W Yang Wajib Kita Tahu

  • bro JT : setuju!!! ai pun x sabar nak tengok Hikayat Merong Mahawangsa!!! ('',)

    p/s : Sila lah BW ye...tengkiu...
    1.New Entry "~DULU & KINI~"

  • Jdrama memang puas hati , aku rasa Jdrama lagi bagus dari korea punya drama .

  • aah..aku pon prefer citer jepun sebab byk pengajaran disebaliknye..

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...