Bila Dah Tiada, Baru Terasa Kehilangan

Aku pernah terbaca kisah sedih. Lupa siapa penulisnya. Ceritanya mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang kempunan nak ada anak sendiri. Walaupun dah berumahtangga berpuluh tahun, tapi masih belum dikurniakan cahaya mata..

Dan tiba-tiba, atas doa yang tak putus2, akhirnya si isteri disahkan mengandung. Mereka sangat gembira kerana kesabaran mereka akhirnya membuahkan hasil. Selang beberapa bulan, si isteri selamat melahirkan bayinya. Lelaki..

Pasangan suami isteri tersebut menjaga anak mereka dengan penuh kasih sayang dan penuh manja. Beberapa tahun berlalu. Budak lelaki tu dah mencapai usia 5 tahun. Situasi berubah. Kenakalannya menjadi-jadi.

Rumah pasangan suami isteri itu yang dulunya bersih, tersusun rapi. Kini berselerak bagaikan longkang pecah dikerjakan oleh anak lelaki mereka. Sehinggakan, si ibu sering pening kepala dengan kenakalan anaknya itu.

Sehingga suatu hari si ibu mengeluh. Dia kesal dapat anak yang nakal sedemikian rupa. Tidak seperti yang diimpikannya. Sesalannya teramat dalam sehingga dia berharap yang dia tidak pernah melahirkan anaknya yang nakal itu.

Keesokan harinya. Sewaktu budak itu bermain bola di depan rumahnya, tiba-tiba dia dilanggar oleh sebuah kereta yang tak diketahui muncul dari mana. Si ibu yang nampak kejadian tersebut, bergegas lari mendapatkan anaknya. Tapi malang, nafas anaknya semakin lemah. Dia mati di dakapan ibunya tersayang.

Suasana rumah pasangan suami isteri itu berubah. Dulu, rumahnya penuh ceria. Dipenuhi oleh hilai tawa anak lelakinya. Kini, rumahnya sepi seperti tiada penghuni.

Dulu, rumah mereka berselerak, mainan penuh di lantai. Kini, tiada lagi barang-barang yang perlu mereka kemaskan lagi. Si ibu mula rasa sunyi. Air mata berlinang tanpa henti.

Dia menyesal. Tak sepatutnya dia harapkan anaknya tiada. Baru dia sedar, senakal-nakal mana pun anaknya, dia la yang jadi penyeri hidupnya selama ini. Tapi, apakan daya. Masa tidak mungkin boleh diulang. Itu ketentuan Ilahi..

p/s: Hargailah orang tersayang. Jangan sampai dia dah tiada, baru kita nak rasakan kehilangannya..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

38 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...