Simbah Asid: Suspek Gila Atau Nak Mencapap?

Malang siapa yang duduk sekitar Kuala Lumpur. Lebih-lebih lagi perempuan. Kita diancam oleh individu yang hobinya menyimbah asid kat muka kita.

Erkk, tapi ada point penting yang sangat kontra bila aku baca sumber dari facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), dimana cecair yang disimbah adalah ‘Alkaline-based’ atau ‘Oxidizing Agent’. Owh, rupanya alkali. Bukanlah asid seperti yang dikatakan.

Alkali pekat memang akan datangkan impak "kegatalan" kalau kena kulit. Bahaya kalau kena mata, mungkin boleh membutakan. Masih perlu berhati-hati.

Semalam, Datuk Seri Shahrizat kata penjualan asid kena diperketatkan. Rasanya tak cukup tu. Penjualan alkali pun kena pantau jugak la kan. Ngeh..

Suspek dah buat kerja ni sejak bulan Februari lepas. Jumlah mangsa setakat ni mencecah 23 orang. Suspek seorang india, bermosikal Honda EX5 warna hitam, WPV 4963 (nombor pendaftaran palsu). Ni dia ghupe suspek tu:



Muka mintak kaki


Agak-agak, apa motif suspek?

Motif sebenar natang yang buat kerja ni tak dapat dikenalpasti. Gila ke dia? Kalau gila takkan reti naik moto, simbah asid pulak. Hehe.

Hmm, mangsa dia semuanya perempuan. Adakah ini bermaksud tujuan dia nak balas dendam kat perempuan? Cinta ditolak sampai frust menonggeng ke? Kecian..

Mazidul pulak kata, dia ni mungkin attention seeker. Seseorang yang nak dapatkan perhatian umum. Dengan erti katanya "mencapap". Publisiti murahan.

Jom kita terjah pulak spekulasi yang dibuat oleh kawan-kawan facebook aku. Kenapa agaknya suspek meroyan dok simbah asid ni ek?





Agak-agak korang pulak. Apa motif suspek ni sebenarnya? Hmm..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

30 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...