Kami Rela Jadi Santapan Mata Lelaki Ajnabi

Tahu tak korang wahai gadis sekalian. Kat facebook ramai yang add korang bukan bertujuan nak berkawan secara tulus. Tapi hanya sebagai stalker, untuk usha gambar-gambar korang.

Jangan salahkan diorang, sebab korang sendiri yang letakkan gambar-gambar kat facebook. Memang untuk santapan mata semua orang kan?

Aku pelik, kenapa ramai yang suka ambil gambar sambil menggedik. Jelir lidah, buat muka itik bajet comel. Pastu tayangkan kat facebook dan blog. Apa motif sebenarnya. Adakah sebab nak dapatkan pujian daripada orang lain?





Sekarang mungkin korang boleh berbangga dengan tayangkan diri kat blog, kat facebook. Jangan sampai satu hari nanti korang jadi macam kawan aku dah la.

Gambar dia diambil dan dijadikan profil palsu. Tak cukup dengan tu, gambar dia diedit dan dimasukkan dalam video seks kat youtube.

Lepas dah terkena, maruah dah terjual. Baru terhegeh-hegeh mintak tolong, suruh aku ajar macam mana nak delete akaun facebook dia.

Sekiranya korang suka photoshoot, berposing sana-sini pastu letak kat blog dan facebook. Sila jawab soalan aku ni:

Adakah korang rela susuk tubuh, rupa paras korang dijadikan santapan mata lelaki ajnabi? Adakah korang rela difantasikan oleh mereka?


Glosari:
Lelaki ajnabi: Bermaksud lelaki-lelaki asing, iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya. Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya).




*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

30 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...