Sampai Bilakah Kita Mampu Berblog?

Setiap hari akan ada blogger baru yang muncul. Dunia blogging semakin meluas. Tapi, pada masa yang sama, ada juga blogger-blogger yang letak jawatan. Tak nak lagi berblog. Blognya dimatikan begitu sahaja.

Mungkin disebabkan persaingan dunia blog yang semakin sengit. Ramai yang putus asa untuk terus berblog sebab merasakan blognya tak semegah blogger lain.

Kita pulak nanti macam mana? Agak-agak, sampai bila korang mampu berblog? Korang ada target bila nak berhenti berblog? Atau korang akan terus berblog sampai bila-bila?

Aku? Aku mungkin akan berhenti berblog bila dah kawen nanti. Secara jujurnya, aku pun tak nak bakal isteri nanti seorang blogger.

Kenapa? Jawapannya senang je. Aku tak nak isteri aku nanti dok ceritakan kisah-kisah harian, atau aktiviti keluarga kami kat blog. Biarlah aktiviti tu jadi kenangan dalam keluarga kami sahaja.

"Aku cerita kat blog untuk kongsi kat semua orang je"

Iye, niat korang baik. Tulis blog sebab nak pembaca tau apa aktiviti harian korang. Tapi ingat. Disamping ada pembaca yang suka. Jangan lupa, pasti akan ada juga yang jelik dengan kita.

Walaupun yang benci tu hanya sebahagian kecil, tapi golongan tu la yang mampu menjatuhkan air muka keluarga kita nanti. Aku tak nak ambik risiko.

Semakin kurang orang tau pasal kita. Semakin selamatlah kita. Beringat sebelum kena. Itulah yang aku cuba amalkan.



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

32 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...