Siapa Orang Yang Mandul??


Orang mandul tu apa? Mandul tu orang yang tak boleh mendapatkan anak. Tak kira suami atau isteri. Jika salah seorang mandul, maka anak pun dah boleh dihasilkan.

Itu pemahaman kita semua tentang mandul kan?

Tapi, istilah mandul yang ditafsirkan oleh Rasulullah lain pula definisinya. Perkongsian ni dibuat oleh khatib dalam khutbah Jumaat semalam.


Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda:
"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?

Berkata para sahabat:
"Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak."

Lalu Rasulullah SAW berkata:
"Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia."


Ada anak tapi mandul

Kau bermegah ada anak ramai. Bangga anak kau artis terkenal. Kau tak peduli dia buka aurat, tayang badan sini sana. Anak kau tak tau apa-apa pasal agama bukanlah urusan kau. Kau puas hati, asalkan anak kau dah cukup berjaya di dunia.

Iya, memang kau ada anak. Tapi, hakikatnya kau mandul. Mandul sebab anak-anak kau langsung tak bagi faedah kat kau pada hari akhirat kelak.

Ingat, selain ilmu yang bermanfaaat dan amal jariah, doa anak-anak yang soleh juga adalah tiket untuk kita masuk syurga.

Tapi, kegagalan kita dalam bimbing anak ke jalan yang diredhai jugak boleh membuatkan kita dicampakkan ke dalam neraka. Tak takut ke?


Anak amanah Allah

Anak adalah amanah Allah bagi kat kita. Yang tak semua orang dapat. Sebab tu kita kena hargai dan syukur bila dikurniakan anak. Anak harus dibentuk melalui garis panduan yang Allah dah tetapkan.

Tahu tak korang. Anak-anak harus diajar solat ketika dia berumur 7 tahun. Dan kalau dia mencecah 10 tahun, tapi masih berdegil tak nak solat. Anak tu haruslah dipukul. Tapi dengan tujuan untuk mengajar, bukan untuk mencederakan.

Sayangkan anak di tangan-tangankan. Garang sikit takpe. Jangan bila dia dah besar baru nak suruh solat, pakai tudung. Dah liat. Takdenya diorang nak ikut. Melentur buluh kan lebih baik dari rebungnya. Begitu jugak manusia.

Hm, agak-agak korang la kan. Adakah korang nanti akan termasuk dalam kategori 'mandul' yang dikatakan oleh Rasulullah? Harap-harap tak la ye..


Pautan entri:
http://masjidannursaujanautama.webs.com/komunitimasjidannur.htm



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

15 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...