Betul Ke Korang Buat Facebook Untuk Tambah Kawan?

Salam perpaduan kawan seMalaysiaku..

Entah kenapa, aku sangat suka tulis pasal facebook. Maklumla, natang tu kan salah satu platform sosial yang sangat popular. Boleh dikatakan setiap daripada kita pasti ada facebook. Anak kepada kawan aku, umur dia baru 5 tahun pon dah ada akaun facebook. What the fishball?


Apa sebenarnya yang kita buat dengan facebook?

Kalau aku tanya setiap daripada korang, aku pasti mostly akan bagi jawapan yang korang berfacebook untuk cari kenalan. Untuk tambah kawan.

Heh, kenapa la korang suka bagi jawapan klise ek? Betul ke tu jawapan jujur korang. Untuk tambah kawan? Kalau betul bagus la.

Tapi, ketahuilah. Tak ramai yang buat facebook untuk betul-betul nak tambah kenalan. Aku teringat dulu, ada satu blog ni dia tulis bahawa hampir 80 peratus pengguna buat facebook untuk "stalk", dan bukan betul-betul nak buat kawan.

Walaupun research dia takde la dapat pengiktirafan, tapi aku sangat setuju dengan penyataan dia. Stalker kat facebook memang lebih ramai berbanding pengguna yang sebenar-benarnya. Percayalah.

Sebab tu aku selalu pesan kat perempuan. Jangan terlalu mencapap kat facebook. Kelak akan makan diri. Pesanan aku ni serius, bukan main-main.


Tujuan aku berfacebook

1. Jujur aku katakan. Tujuan utama aku berfacebook bukan semata-mata untuk tambah kenalan. Tapi untuk melebarkan lagi sayap blog aku ni. Pengguna facebook sangat ramai. Jadi, sangat rugi rasanya kalau bloggers tak gunakan platform ni untuk tarik pembaca masuk ke blog kita.

2. Tak dinafikan, aku jugak stalker. Aku sangat suka tengok gelagat "annoying" manusia kat facebook. Facebook dah jadi seperti satu hiburan bagi aku. Annoying maksud aku adalah (a) gadis melaram bajet model (b) pengupdate status facebook yang tah pape (c) budak sekolah kurang kasih sayang (d) promote pakwe/makwe

3. Biasanya, mana yang "annoying" tu memang aku akan tegur. Kebanyakan yang ditegur tu pulak akan melatah, lawan balik. Fuhh, facebook memang betul-btul menguji kesabaran aku. Sabor je la nyah. =p


Facebook lebih banyak keburukan berbanding kebaikan

Sebenarnya facebook memang lebih banyak keburukannya berbanding kebaikan. Semuanya bergantung pada diri kita sendiri macam mana kita boleh extract faedah daripada facebook semaksima yang mungkin.

Jangan biarkan facebook jadi platform korang untuk tayang dosa, mengaibkan diri dan menjatuhkan maruah diri.

Sebelum aku mengakhirkan post ni, aku nak korang tanya diri sendiri.

1. Adakah korang alert yang lebih ramai stalker kat facebook yang boleh mengaib dan menjatuhkan korang satu hari nanti?

2. Adakah korang tegur kawan yang berbuat khilaf kat facebook? Contohnya yang bertabarruj, tayang muka kat facebook. Atau sebenarnya, korang pun subahat, puji dengan kecantikan yang dia pamerkan tu?

3. Adakah korang pasti, apa yang korang letak kat facebook samada gambar, atau status bukanlah sesuatu yang boleh mengaibkan korang?
Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.
Tegur kawan buat khilaf hukumnya wajib. Jika tak berani untuk tegur kesilapan kawan. Maka, bencilah perbuatannya dengan hati. Tapi, itu menandakan lemahnya iman kita. Tak sedih ke kalau iman kita hanya di tahap tu?



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

24 comments:

  • spanar buat fb asalnya utk tmbah kawan msa sek tpi skrng dah trbalik..kawan yg tak dikenali pun ada yg add dan pas add,trus diorang senyap..tak tau diorang add utk apa sbnrnya..

    spanar add org krna spanar mmg knal org tu siapa..tpi skrg ni,spanar tak add sgt org..org rmai add spanar ni..pas approve trus senyap..

    spanar dah jrang duk dlm fb..mmg blh kira dgn jari la brapa kali spanar post dlm fb tu..skrg spanar dah tak amik port sgt kat fb tu..org tag ke apa,spanar cuma tgk je pastu sign out..

  • ada pe lelaki y annoying?? -__-

  • http://4.bp.blogspot.com/-6QSK4AFZPZo/TksRDKhuYJI/AAAAAAAAAW4/qVeApD3CMZ0/s1600/Gamb02260.jpg

    tengok buku ni..kalau ada masa,beli lah:)

  • liya pernah tegur sorang budak nie..tpi kene balas balik..adoi..kita tegur untuk kebaikan dia..
    liya berfacebook untuk menpromote blog..hihi..dan untuk minta pandangan la..

  • au sokong ngan ko. aku pun bukak pesbuk sebab f m ugut T.T.
    tapi ann.. tapi ann.. aku suka satu ayat ko ni, "Sabor je la nyah. =p", (jejaka terhangat,2011)

    Dugaan Tipikal Di Bulan Ramadhan.
    (Jangan baca kalau iman korang tak kuat.)

  • saya berfesbuk pun sebab nak cari balik kawan2 masa sekolah dulu...yg mana tak kenal saya macam malas nak accept frenz sebab jenis macam JT cakap laa... =))

  • buat pesbuk sebab nak maen game . terima kasih . kbai !

  • buat fb sebab ada group sekolah menengah, sekolah rendah, group kelas, group UM, group mechanical student dan group mechy girl... semua info di update kat fb leni... ^^

    sekali sekala update status juge.. ^^

  • nyah nyahh .wa da insap da .skunk jarang na on fb dah nyah maseh la selalu mengingatkan ye nyahh .

    salu on pon pasai wa nak ping entri wa je nyahh

    maseh maseh nyahh selalu mengingat kan .



    Wordless Wednesday : DOODLE GIFT

  • @Red dah kenape petik name aku ,hentak sat gi .kau pn mmg nak on fb kan pasai nak ping entri -..-

  • buat facebook utk cari kawan tapi ada pulak kawan mtk diremovekan diri beliau krana tanak kawan dgn spanar lgi..poyo btol..ingt ko retis ke hape ha bukha*** suka hti aku la nk remove ke tak..sedih btol time tu..

  • Afif buat FB sebab nak kumpul balik kawan-kawan lama...dah banyak kawan lama yang hilang ntah ke mana dapat Afif jumpa balik...

    Entri Menarik Di Sini:
    1)Menarik!! Impian Wanita Zaman Sekarang
    2)Octove.com Bagi Hadiah Iphone 4

  • a'ah ek?
    betul jgk kan ? mostly kwn2 at Facebook (perempuan) laa, nak org ramai like gambar sbb rse best je..

    Saye pun cmtuh gak...
    bende tuh pun dikire tabaruj? okeh2. nk private kan gambar nih. hehe :D

  • hurmm.. sokong fb atau kebaikan & juga keburukkan.. bergantung pd mcm mana seseorang tu guna.. mcm sy siap buka 2 akaun fb.. satu akaun utk family & cari kenalan masa skolah dgn u.. akaun satu g lak utk cari rakan2 blogger.. tapi dua2 jarang aktif sgt.. lebih suka download movie dgn mp3 aja.. hehehe.. ;)

  • aku ada fesbuk sebab time tu tengah prektikel.sume info psl tesis ke,presentation ke,sume kwn2 aku letak kt situ.da abes prektikel,aku remove fb aku dengan jayanye :)

  • ehem... FB kk untuk ping entry terbaru dan bertanyakan masalah atau bertukar2 pendapat ^^

  • x pernah bertujuan pn nak tambah kenalan kat fb..
    semua kawan kat fb tu insan-insan yg dikenali walaupun x rapat..
    de fb ni pun menyebabkan ramai yg tahu kewujudan blog hana...
    hehehe

  • (c) budak sekolah kurang kasih sayang


    hihi. memang setuju sgt ! tgk bdk skola tayang balak, awex nmpak sgt muka bdk. lpas tu, bajet akn kawen. adoooi. wa jamin takdenye smpai kawen klu cenggitu aihh.

    nak jawab jgk ! fya a.k.a sst berfesbuk sbb semua ad. rs cm kuno gler bl xd. jujo, bru thn lpas ad fesbuk. klu x, ms je. yg xd org pon kt sn. haha. ttb, ad blog yg sgt bkait rpt ngn fesbuk. pergh ! mmg kne ade lha :DD

  • tambah kawan???
    tak mungkin..hahahah...
    tak de niat langsung nak tambah kawan...
    memula dulu sebab nak ada macam orang lain ada..
    masa tu sana sini orang cerita pasal fb..
    jadi buat la satu akaun..
    memula dulu add sedara mara je..
    lepas tu makin ramai pulak yang add kita bila kita like satu2 page tu..
    bila dah ada blog lagi ramai yang add..
    tapi akak harap yang add tu paham la yang akak bukan kaki ceting dan layan berbual2 ..


    Bab orang nak mengaibkan kita tu akak
    ada jugak sesekali risau...
    ye la..kita pernah muda..pernah berkawan dan bermusuh..mana tau dalam banyak2 musuh silam kita
    tu ada yang sampai sekarang berdendam..

  • walaupun saye ade pesbuk..saye jarang online pesbuk..kalau bukak pun selalu stalk orang je..syok sebenarnye stalk orang ni..kekeke..


    pernah tegur sepupu sendiri pasal letak gambar seksi dedah aurat..tapi malangnye saye kena caci maki balik..keturunan famili pun kena hina konon org asli duduk dalam hutan..sedihkan?

  • miera buat fb sbb tak nak lost contact dgn kwn2x mse skolah & kolej..dlm friendlist cuma ade kwn2x yg miera knal je, if tak knl tak approve & add pun..^_^

  • buat fb sbb nak jumpa blik member lama. haha.

  • hermmm.. adehhh. kadang2 nak tgur si annoying tu .. kna consider jgak ape prasaan dia kalau kita ckap mcm tu.. susah lah. tk reti nak cakap cmne >.<

  • @otaigurl

    alhamdulillah... suami sy x bg sy main fb, wlupun sy x prnh upload gmbr... just main fb utk cari kwn2 lama... lg pun, yahudi buat sesuatu strategi halus utk merosakkan ummat Islam... klu sy buat sesuatu yg suami x suka, itu neraka bg sy. na'uzubillah...

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...