Boleh Ke Makan Sahur Waktu Imsak?


Sempena bulan Ramadhan ni, aku dah pun kongsikan waktu imsak dan waktu berbuka puasa bagi seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2011 kat [ sini ].

Waktu imsak tu apa?

Waktu imsak tu adalah waktu kira-kira 10 minit sebelum masuknya waktu solat fardhu subuh. Contohnya, waktu solat subuh pukul 5.55 pagi. Maka, waktu imsak bermula dari pukul 5.45 pagi, sehingga masuk waktu subuh.


Boleh ke makan sahur lagi masa imsak?

Aku tau, ramai yang kompius tang sini. Boleh makan sahur lagi ke masa imsak? Dulu pun sama. Ingatkan sampai je waktu imsak, kita dah tak boleh makan.

Tapi sebenarnya, waktu imsak tu hanyalah waktu berhati-hati. Kita masih boleh makan, tapi tak digalakkan. Waktu imsak sebagai peringatan supaya kita tak terlalu kyusuk makan sampai terlajak ke waktu subuh.

Lewatkan sahur hukumnya sunat. Tapi jangan terlalu lewat sampai langgar ke waktu subuh dah la ye. Karang tak puasa pulak kita pada hari tu.


"Traffic Light" waktu makan masa bulan puasa

Merah - Waktu Subuh

Kuning - Waktu Imsak

Hijau - Waktu Maghrib

Selamat menunaikan ibadah puasa semua..=)

Rujukan:
http://ustazlove.com/blog/2011/08/waktu-berbuka-dan-waktu-imsak



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

23 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...