Follower Blog Review: Jom Terjah Cik Sha, Blogger Yang Suka Menulis

Dah lama aku tak buat review blog. Tetiba kali ni rasa nak buat pulak. Review kali ni sebagai tanda aku hargai pembaca tetap blog ni, Cik Sha.

Cik Sha antara pembaca terawal yang selalu datang ke blog Jejaka Terhangat ni sejak blog ni baru ditubuhkan. Sampai sekarang, dia masih jadi pembaca yang setia. Terharu beb ada pembaca setia. Hehe..=p

Aku harap, korang semua dapat sama-sama go through review ni. Sebab blog Cik Sha aku kategorikan sebagai blog yang sangat bagus. Rugi korang tak terjah..!!



- Purple gitu. Sweet kan blognya -

Nama Blog: Belog Riesha Ariesha



Apa yang menarik kat blog cik Sha:

Template cun

Korang sendiri pun boleh tengok. Template blog ni menarik "purple+pink", tak sakitkan mata. Header pun cantik. Kedudukan widget tak serabut. Overall, blog cik Sha sangat kemas. Terbaek..!!

Entri menarik

Seperti yang aku kata, cik Sha blogger yang sangat suka menulis. Korang boleh perhatikan, entri-entri dia kebanyakannya panjang belaka.

Tapi, meh aku jelaskan kat sini. Walaupun entri dia panjang, tapi tak membosankan. Kandungan entri selalu diselitkan dengan ilmu, motivasi dan nasihat. Aku pun selalu dapat something yang baru bila baca entri2 dia. Nice =)

Bagi blogger baru, korang boleh jadikan blog cik Sha sebagai reference untuk perbaiki blog korang supaya nampak lebih cantik, kemas dan tersusun.


Orait, tu la sedikit sebanyak yang aku boleh rumuskan tentang blog cik Sha. Sebelum tu, jangan lupa LIKE fanpage cik Sha ni yek semua..=)


Terima kasih cik Sha sebab sudi jadi pembaca setia blog picisan ni.

Kepada pembaca-pembaca setia yang lain pun, jangan kecik hati. Kalau berpeluang lagi lepas ni. Aku akan review blog korang pulak. Okeyh? =)



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

16 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...