Jom Kenali Blogger Terer Doodle [Episod 01]

Wahh, sekarang ni memang trend blog ea? Bila buat blogwalking, aku perhatikan banyak blog yang buat doodle. Eh, tau tau doodle tu apa?

Ala, doodle tu lukisan kartun yang dilukis dengan mengunakan apa-apa software ataupun application. Kebiasaannya, doodle dilukis menggunakan PAINT.

Memang payah. Bukan semua orang boleh mendoodle. Bergantung pada bakat dan kreativiti masing-masing. Kalo aku, bab doodle ni memang failed. Nak lukis orang pon jadi rupa itik. Ahaks..

Apapun, meh aku kenalkan kawan blogger aku yang terer doodle:


1. Aufa Faqihah

Aufa selalu lukis doodle muslimah dengan menyelitkan pesanan dan motivasi yang berguna kepada pembaca blognya. Terbaek..!!


Lukisan doodle Aufa. Comel kan?


2. NurAmal

Nuramal, lukisan doodle dia simple dan sempoi je. Yang bestnya, dia doodle dalam bentuk komik. Sesekali memang rasa terhibur la dengan lawak yang dia selitkan. Best..!!


Salah satu part dalam lukisan komik NurAmal.


3. Feeza Macho

Feeza Macho paling otai. Lukisan doodle dia nampak macam senang je nak lukis. Tapi sebenarnya rumit. Lukisan komik, sempoi, lawak. Semua dia bleh buat.

Blogger lain pun siap dia kartunkan menerusi blog dia. Kehkeh.. Nice work..!!


Antara bloggers yang jadi mangsa doodle dia. Comey?


Nak tengok lebih hasil karya diorang. Atau nak mintak tips cara nak doodle. Sila la terjah blog diorang yek. Manetau kat sana diorang ada buat tutorial mengajar cara nak doodle ke. Sape tau. Ngehh..

Cukup 3 blog ni je dulu aku perkenalkan. Ada lagi sebenarnya. Tapi sila tunggu episod 2 nanti yek. Stay tuned. =)





*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

30 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...