Kan Best Kalau Aku Anak Orang Kaya

Soalan. Pernah tak masa kecik-kecik dulu korang berfikir camni:


"Kan best kalau aku anak orang kaya"


Tak pernah? Mungkin sebab korang memang anak orang kaya kot. Kehkeh.. Secara jujurnya, aku pernah. Maklumla, aku berasal dari keluarga sederhana je.

Aku selalu "jelous" dengan duit belanja kawan kelas aku. Ada yang dapat RM2 sehari. Ada yang RM3. Sedangkan aku RM1 je sehari. Apa yang diorang nak, biasanya diorang akan dapat. Bestnya jadi diorang. Mak ayah berduit, boleh belikan diorang macam-macam.

Tapi tu pemikiran aku yang dulu. Sekarang aku tak fikir macam tu lagi.

Ketahuilah kawan-kawan semua. Ada duit yang banyak, harta yang melimpah ruah sebenarnya sangat bahaya bagi kita. Selain pangkat dan wanita, harta adalah antara godaan terbesar yang diberikan Allah kepada kita.

Bila seseorang ditarik nikmat harta, iaitu orang miskin. Sebenarnya dia diuji untuk sabar. Bila seseorang terlalu banyak harta, sebenarnya dia diuji untuk bersyukur kepada-Nya.


Ujian bagi orang kaya

Aku teringat kisah sorang kawan perempuan aku. Keluarga dia kaya. Anak datuk. Sejak kecik, dia terlalu dimanjakan dengan harta. Mak ayah dia terlalu sibuk dengan urusan dunia, sehingga dia terabai.

Dengan pengaruh kawan-kawan sekitar, dia selalu ke nigh club untuk berseronok. Dah dalam tu, minum arak dah jadi aktiviti wajib. Dia jugak pernah berzina dengan boifrend dia. Dan, korang percaya tak? Masa tu dia baru form 3.

Time flows. Dia kenal dengan sorang yang sedarkan dia. Alhamdulillah, sekarang dia insaf. Bertudung. Tak lagi sengaja tinggalkan solat. Dengan kata lainnya, dia jad lebih baik daripada sebelum ni.

Tapi, walaupun dia dah sedar. Sampai sekarang dia masih selalu dibelenggu dengan perasaan bersalah, perasaan berdosa, dan seringkali dia menangis bila teringatkan kekhilafan yang pernah dia buat lalu.


Nampak tak bahayanya harta? Kita boleh tersasar dari Islam, jika terlalu taksub dengan harta. Apa yang bestnya dengan harta, sekiranya keluarga tak bahagia? Apa yang seronok jadi kaya, kalau suasana Islam dalam rumah langsung tidak ada?

Oleh tu, samada kita kaya atau miskin. Yang penting, sifat syukur dalam diri jangan sesekali kita lupa. InsyaAllah, kita akan selamat dari goda dan noda dunia. =)



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

28 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...