Nak Nampak Hebat Kena La Cakap Omputeh. Tak Gitu??

Hey, u think u only one can sepik omputeh? I oso can sepik la. But i sepik omputeh little-little je. As long u can understand, it's ok la kan?

Kuikui, extremely broken english.

Topik kali ni, bajet power dengan bahasa english.

Kenapa yek, ramai benor orang kita ni yang bila nak drop komen kat blog atau facebook. Bila utarakan pendapat, mesti nak keluarkan bahasa omputeh. Kenapa? Nak tunjuk power yek?


Contoh komen:

I setuju dengan point u. But as long we can divide blogging and our real life, why not kan?.(Aiceh, tetiba bajet mat saleh di situ)


Kenapa terselit omputeh kat situ ek? Padahal komen kat blog orang melayu jugak. Aku selalu perhatikan fenomena ni. Err, aku sendiri pon pernah buat kot, dulu. Hehe..

Jujurla. Tujuan korang selitkan english kat situ sebab nak "impress" kan orang yang baca komen korang tu kan? Sepertinya, dengan english akan menunjukkan korang lebih "superior" berbanding orang lain. Betul aku cakap ni?

Situasi paling jelas. Cuba perhatikan bila dua orang berbahas tentang satu topik. Dan, kebiasaannya, salah sorang (atau kedua-duanya) mesti keluar bahasa omputeh untuk menunjukkan yang dia lebih berilmu daripada lawannya. Aku yakin, korang pon selalu tengok situasi camni kan?

Aku tak kata nak berbahasa orang putih tu salah. Tapi, kalau setakat cakap mat saleh untuk tunjukkan korang lebih hebat. Tak payah la. Bajet nyeww..!! Haha..




*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

58 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...