Bahana Cinta Internet: Kesian. Kena Tipu Hidup-Hidup

Kelmarin aku keluar minum dengan member aku. Maklumla, lama tak jumpa. Nak jugak lepak borak-borak. Tapi, sepanjang dok lepak dengan dia. Dia asyik murung je. Aku pon curious. Lalu, terjalinlah sebuah conversation, seperti berikut:

"Hafiz, apsal aku tengok ko ni muram je. Bini ko dah mati ke?". Tanya aku selamba.

"Eh kau ni JT. Aku mana kawen lagi. Macam mana nak mati bini?". Balas Hafiz.

"Ala, aku gurau-gurau je tu. Hehe. Abis tu apa masalah kau ni? Cite la sket. Mana tau aku boleh tolong tambahkan lagi masalah ko ke. Kehkeh.."

"Hm, susah la nak cite. Rumit. Aku rasa macam orang bodoh pon ada". Balas dia.

"Ala, alang-alang dah ada rupa bodoh tu kat sini. Ko cite je la. Dengan aku pun nak berkira ke?". Minta aku dengan nada manja.

"Oo, sedap ko kata aku bodoh ek. Takpela, sebab ko member aku yang paling hina. Aku cite gak la. Ko dengar betul-betul. Tiada ulang tayang ni". Tegas dia, gaya macam seorang lecturer.

"Camni. Aku ada kenal dgn sorang minah ni. Boleh kata cun gak la. Kitorang siap rancang nak kawen lagi tu. Tapi..."

"Tapi sayang, kehadiran kekasih lamamu.." Sampuk aku tiba-tiba, sambil menyanyi.

"WEI ko ni. Aku serius la. Ko boleh nyanyi-nyanyi pulak". Marah Hafiz tegas.

"Haha, yela. Saje tambah kicap sket bagi mood jadi lebih sedap. Teruskan sambung cite ko tu. Aku ni pendengar yang setia tau".

"Tapi, sebenarnya dia tipu aku. Selama setahun kenal. Baru semalam dia bagitau semuanya. Identiti asal dia bukan macam dia cerita kat aku selama ni. Muka dia sebenar pon tak sama macam gambar asal yang dia bagi. SIOT..!!!" Teriak Hafiz.

"Lorr, ko biar betol. Camne boleh jadi camtu? Dia buat pembedahan plastik ke. Sampai muka dia berubah?" Tanya aku kehairanan.

"Ko ni JT. Study tinggi-tinggi. Tapi otak RAM 8 MB je. Slow. Aku tak pernah jumpa dia la. Kitorang berkenalan pon kat myspace je." Balas dia geram.

"Woahoo..! Myspace tu. OLD SCHOOL. Wujud lagi ek natang tu? Haha. Kire korang declare kat henpon jela. Couple jarak jauh. Camtu?"

"Ha, Macam tu la. Aku dah punya sayang kat dia. Sepanjang setahun kenal, hari-hari kitorang kontak. Siap muah-muah kat henpon lagi tu. Sekali, dia tipu aku. Uwaaa..!!"

"Eh, macam mana ko tau dia tipu. Ko hantar spy ke?"

"Dia yang bagitau aku. Dia kata, dia tak sanggup nak tipu lama-lama lagi dah. Sebab, dia dengan family dia nak pergi umrah hujung bulan ni. Dia takut terbakar kat Mekah sana nanti. Tu yang dia bagitau aku benda sebenar tu. Siot tak?"

"A'ah. Siot gak la. Sebab takut terbakar baru nak bagitau. Haha. Boleh tahan. Pastu, rupa sebenar dia camne? Kalau cantik, ko go on jela. Dia pun dah minta maaf kan?"

"Puih. Dah la muka huduh. Gemok pulak tu. Tak mau aku. Cukup dah la setahun aku kena kencing. Patut la aku mintak webcam dengan dia, tak pernah dia nak bagi. Siott..!!!" Ujar Hafiz tak puas hati.

"Err, masuk ni dah 99 kali ko kata siot ni. Marah betol ko ek. Ko ada gambar dia tak? Meh aku tengok sket cemana rupa pompuan penipu besor tu".

"Ok. Hmm, ni ha. Ini gambar sebenar dia. Ni pulak gambar yang dia tipu aku tu." Hafiz tunjuk gambar di iphonenya.

"WEI, ni kan gambar Hanis Zalika. Blogger femes tu. Macam mana la ko boleh kena tipu hidup-hidup. Kahkahkahkah". Gelak aku tak tahan.

"Laa, yeke? Mana la aku tau. Aku bukannya blogger macam ko. Uwaaa. Ni yang rasa nak terjun bangunan ni..!!!"

"Best la ko. Dapat mesej sayang-sayang, muah-muah dengan blogger meletop selama setahun. Kahkahkahkahkah". Aku sambung gelak.

"SIIIOOOOOOOOTTTTTT". Teriak Hafiz sambil ketuk kepala aku.


p/s: Moral of the story: Cinta internet boleh membunuh. Fake profile berlambak. Beware.



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

21 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...