Awat Teruk Sangat Jalan Motor Di Federal Highway??

First of all, aku ucapkan tahniah kepada Paultan.org, sebab berjaya wakilkan bikers Klang Valley tentang defects jalan motosikal di Federal Highway.

Rasanya memang dah lama terbuku dalam hati setiap pembonceng motorsikal tentang hal ni. Tapi tiada platform sesuai utk lontarkan rasa tak puas hati tu.

Sebagai pengguna tegar jalan motor Federal Highway (Lebuhraya Persekutuan), aku 100% setuju pendedahan ni. At least pemandu kereta luar sana boleh faham, dan tengok sendiri sukarnya jadi pemandu motosikal di lembah klang.

"Sape suruh naik motor. Naiklah kereta"

Halo makcik.!! Kalau semua orang naik kereta, semakin berganda la jammed. Kebanyakan bikers bukan tak mampu pakai kereta. Tapi tak nak contribute kepada kesesakan jalan raya yang dah sedia nazak tau.!!


Jalan dibaiki dari semasa ke semasa


Aku perhatikan, memang ada tempat2 bermasalah di jalan motor ni yg sentiasa diperbaiki. Syabas kepada pihak berwajib.

Tapi.. Ada tapinya. Pada masa yg sama, kawasan bahaya juga turut bertambah. Setiap kali ada construction, pasti jalan motor jadi mangsa. Dikecikkan, dipecahkan, habis berpasir, dan sebagainya. Adehh.

Aku bukanlah anti pada pembinaan. Tapi harapan kecil aku, jalan motor jangan pula diabaikan. Buat molek sikit. Boleh?



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

3 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...