Tips Lulus Pinjaman Bank


Aku baru je buat pinjaman perumahan, dan jugak pinjaman peribadi (personal loan). Ternyata, bukan mudah sebenarnya nak lulus pinjaman bank ni.

Untuk senang lulus, Samada untuk loan rumah ataupun personal loan. Ada beberapa perkara yang perlu korang ambil kira sebelum apply loan bank.


Tips Lulus Pinjaman Bank

1. Pastikan Had Gaji Minimum Lepas

Survey dulu bank yang korang nak buat loan tu. Syarat gaji minimum diperlukan untuk setiap bank tak sama. Contohnya, Bank Islam nak gaji minimum RM3,500. Bank Rakyat nak RM2,000 ke atas.

Sekiranya syarat 1 dah lepas, seterusnya..


2. Pastikan CCRIS Cantik

CCRIS ni rekod hutang korang yg ada dalam Bank Negara. Kalau rekod korang kosong, bermakna korang tak pernah berhutang (tiada komitmen). Lupakan niat untuk apply loan. Sebab confirm tak lepas.

"Bukan ke kalau tak berhutang tu lagi bagus??"

Kebanyakan orang fikir macam tu. Hakikatnya, bank lagi suka tengok kita berhutang. Yang boleh bagi keuntungan kepada bank. Dan daripada CCRIS report tu, bank boleh baca tabiat kita dalam bayar hutang.

Bank takkan berani nak bagi pinjaman kepada orang yang liat bayar hutang.


Aku akan update lebih detail pasal CCRIS ni pada entri akan datang..


3. Ramah Mesra Dengan Banker

Banker ni orang yg bertanggungjawab proses permohonan loan kita. Kalau loan korang sangkut, mintak saranan banker tu. Tanya dia, apa yang perlu korang buat supaya loan boleh diluluskan.


Permohonan loan rumah dan personal loan aku dah pun lulus secara serentak. Harap tips atas ni sedikit sebanyak dapat bantu korang jugak. Orait..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

2 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...